Wednesday, 23 May 2012
Friday, 27 April 2012
Boleh membaca.
Saya seperti tersedar dari mimpi, bila hasil perbincangan membuahkan maksud boleh membaca ialah apabila seseorang murid boleh membaca dan memahami apa yang di baca. Sebenarnya bukan tidak tahu maksud boleh membaca tetapi apabila program LINUS berjalan , pelajar diletakkan sasaran pencapaian iaitu mesti melepasi konstrak 8 bagi membebaskan mereka dari belenggu LINUS. Konstrak 8 ialah membaca dan menulis PERKATAAN mengandungi vokal berganding. Apa yang saya cuba bincang di sini ialah keupayaan pelajar LINUS bagi mencapai tahap boleh membaca belum tercapai kerana mereka hanya di nilai dengan membaca perkataan. Kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar linus akan faham dengan apa yang saya ketengahkani terutama pelajar LINUS tegar, Keupayaan mereka sangat lambat dan memerlukan sokongan dan dokongan sepenuhnya dari guru. Peranan ibu bapa juga penting tetapi seperti yang saya sebut dalam perbincangan yang lepas, murid tegar ini biasanya kurang mendapat sokongan ibu bapa. Malah ada ibu bapa mereka yang buta huruf. Saya kira program ini akan lebih berkesan jika konstrak mereka ditingkatkan dan guru-guru tidak di tekan untuk melepaskan murid mereka. Apakah keterlaluan jika saya mencadangkan pelajar yang tidak boleh membaca tidak di naikkan kelas?
Thursday, 26 April 2012
Kursus didik hibur
Sudah tiga hari tidak ke sekolah menimbulkan kerinduan di hati saya. Saya berkursus kreativiti dan didik hibur di Ipg Kampus Datuk Razali Kuala Terengganu bermula 24 hb sehingga 26 hb. Seronok, kami kembali berperanan sebagai murid sekolah yang tidak ada masalah sebaliknya adalah budak-budak yang patuh pada arahan guru. Peserta seramai 25 orang ini berjaya menamatkan kursus dalam suasana ceria. Lepas, bebas dari kerenah pelajar dan rakan sejawat.Pendedahan yang diberi oleh pensyarah kanan Puan Norzaini, pensyarah bahasa Tuan Haji Nik bersama rakan-rakan fasilitator sangat menghiburkan.Kata mereka jadikan kita guru yang dirindu oleh murid. Emmm... agak-agak murid rindu tak selama ketiadaan saya? Sebab kadang-kadang saya rasa seperti tersasar je dengan MBM ( memperkasa bahasa melayu) maklum , nak mengejar pencapaian linus agar murid menguasai 15 konstrak yang dikehendaki.
Tersentak saya apabila Puan Norzaini mengingatkan kepada kami tentang penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya, jangan terikat dengan dialek.Sebutan biar jelas.Saya cuba bertukar fikiran dengan para fasilitator dan peserta lain dengan alasan terpaksa memberi tumpuan kepada boleh membaca menyebabkan kurang menitik berat soal lain.
Puan Norzaini mengemukan kembali persoalan kepada kami apa maksud boleh membaca? Boleh tak sesiapa menjawab persoalan ini?

Friday, 20 April 2012
persoalan?
Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Markah linus tahun dua belum kemas kini lagi. Peperiksaan khas untuk tahun tiga pun belum di kemas kini markahnya. Sabtu ( 21 hb April ni sekolah ganti ), wah, rasa macam kelam kabut je. Wifi kat rumah tidak berfungsi pun masalah juga. Bila perkara ini berlaku, saya terfikir ini adalah satu antara banyak cabaran guru dalam isu penggunaan ict kat sekolah. Apa tidaknya, saya dah berkali-kali cuba buka saps kat sekolah tapi perlahan sangat. Masa rehat habis pulak.
Menyentuh soal linus, alhamdulillah, kebimbingan saya tidak berasas bila murid-murid saya dapat menulis jawapan dengan betul. Yang menjadi masalah sekarang seorang lagi calon linus yang tinggal.Bila mengeja dan membaca perkataan memang sudah tidak menjadi masalah, tetapi belum dapat menguasai membaca ayat. Saya sedang berfikir apa ikhtiar terhadap pelajar ini. Sudahlah kerap tidak hadir, tiada tumpuan terhadap pembelajaran pun ia juga. Boleh tidak sesiapa memberi pandangan apa yang patut saya lakukan?Macam nak ajak pk hem ziarah je rumah pelajar itu, tetapi saya difahamkan mereka sentiasa kat kebun. Mana nak cari? Berada di sekolah baharu ini membataskan sedikit gerak kerja saya kerana murid-murid tinggal berjauhan dari sekolah dan saya belum dapat menguasai lokasi tempat tinggal mereka serta pemikiran ibu bapa terbabit.

Saturday, 14 April 2012
MODUL AKTIVITI KEM BESTARI LINUS (MURID ORANG ASLI)
Modul Aktiviti Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) Kohort 1 & 2 Tahun 2011 disusun khusus untuk membantu guru melaksanakan program LINUS di sekolah-sekolah. Modul ini adalah himpunan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semasa Program Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) pada 17 dan 18 oktober 2011 di Dewan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu.
Modul ini memuatkan cadangan aktiviti dan latihan yang boleh dilaksanakan. Cadangan aktiviti dalam modul ini adalah sebagai contoh sahaja. Kreativiti dan inovasi guru dalam menggunakan modul ini amat diharapkan untuk menyesuaikan kandungan modul ini dengan kebolehan murid mereka yang pelbagai aras.
Friday, 6 April 2012
selesai sudah :D
Alhamdulillah, peperiksaan khas tahun tiga sudah selesai. Hilang tension guru-guru tahun tiga. Dah selesai ke keputusannya?
Tuesday, 3 April 2012
Debaran hati
Hari ni satu peperiksaan khas akan diadakan untuk semua murid tahun tiga seperti yang saya dah beritahu dalam catatan yang lalu. Hari ni kami para guru yang dah berhempas pulas dengan linus ni akan dapat lihatlah hasilnya. Semalam, sebelum balik saya membantu penyelaras linus Cg Zurida bersama Cg Khalid guru kelas tahun tiga menyusun kelas bagi melaksanakan peperiksaan tersebut.
Biasalah cikgu kan? yang nak periksa tu anak orang lain, tapi dia punya berdebar macam anak dia pulak. Cikgu percaya tak, kalau saya kata guru-guru ni bila nak periksa dia yang susah hati, bila nak keluar keputusan pun dia jugak yang lebih-lebih berdebar........ Emmmmmm ok lah cikgu kan? Kurang-kurang kita dapat kepuasan diri bila ada yang berjaya, dan harapnya kita tidaklah rasa bersalah jika mereka gagal kerana kita telah berusaha semampu mungkin.
Balik cerita linus ni, saya telah memberi beberapa latihan kepada murid lepasan linus ni. Alhamdulillah setakat mengeja perkataan berpandu gambar ni mereka boleh buat. Cuma bila buat ayatlah lintang pukang. Apapun selepas berpindah ke sekolah baru ni walaupun saya tidak lagi menjadi guru tahu satu dan bukan lagi penyelaras linus tapi saya tetap dengan dunia linus , untuk tahun dua dan tahun tiga.
Setakat ni dulu, sebelum mengundur diri, saya mengucapkan selamat memantau murid menjalani peperiksaan dan SABAR la terima hasil peperiksaan tu nanti. Ok cikgu Fadzilah...bertenang...bertenang ( rakan baik sekolah lama, hi hi hi )

Sunday, 1 April 2012
RPH LINUS LITERASI
Tarikh : 27.03.2012
Masa : 10.15-10.45
Masa : 10.15-10.45
Kelas : 2 Bestari
Bilangan pelajar : 6 orang
Mata Pelajaran :
Literasi ( Bahasa Malaysia )
Objektif : Di akhir pelajaran
murid dapat :
1.
Membaca suku kata tertutup dan perkataan
yang mengandungi suku kata tertutup.
2.
Menulis suku kata tertutup dan perkatan yang mengandungi suku kata
tertutup.
Bahan : Kad perkataan, carta suku kata, Lembaran
kerja.
Kemahiran 4.18 Membaca perkataan yang mengandungi kvkvkk.
5.19 Membina dan menulis perkataan yang
mengandungi kvkvkk.
|
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
Penghargaan dan Persoalan
Sudah lama tulisan ini di taip tapi tak juga masuk kat blog
ni, maklum bercuti lama kerana terpaksa menjalani pembedahan kecil kat kaki.
ALHAMDULILLAH, sokongan dari sahabat-sahabat,ayah anak-anakku serta seseorang
yang istimewa mengembalikan semangat . Namun penghargaan khusus yang layak
diterima oleh teman yang dikasihi, Cikgu Noriah Harun yang banyak memberi
semangat khas untuk menyiapkan tugasan, sangat bererti dan mudah-mudahan Allah
memberi keputusan cemerlang untuk masternya. Semoga persahabatan kami hingga ke syurga. Amin!
Ok mengenai linus, program ini telah berlangsung selama tiga
tahun melibatkan murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Semasa mereka
berada di tahun satu mereka akan menjalani saringan dan mencapai had-had yang
ditetap seperti yang saya tulis di dalam coretanku. Bagi sekolah yang mempunyai
bilangan kelas yang banyak lebih beruntung kerana mereka akan diasingkan
mengikut pencapaian. Tetapi bagi sekolah yang mempunyai satu kelas bagi setiap
aliran maka guru-guru akan berdepan dengan murid yang terdiri dari pelbagai
kebolehan.
Guru-guru yang diamanahkan mengajar kelas ini terpaksa menyediakan dua RPH, satu untuk RPH mata pelajaran Bahasa Melayu
dan satu RPH literasi . Di sinilah kemampuan guru sangat penting untuk mengawal
kelas kerana mereka berdepan dengan dua
kumpulan yang berbeza dan mesti mencapai objektif bagi kedua kumpulan ini.
Kadang-kadang murid linus ini tidak mencapai objektif yang
dikehendaki dan kami yang terlibat akan sentiasa mendampingi mereka asal ada
waktu rehat. Tetapai percayalah kawan-kawan, jika kita mengajar dengan ikhlas
rasa nak tergelak pun ada dengan gelagat mereka. Contoh eja ibu tetapi dibunyikan
emak sebab gambar menunjukkan gambar ibu tetapi dirumah mereka memanggil
emak.Pernah cikgu-cikgu jumpa kes macam ni?
Guru serba salah
Sebenarnya hari ni cuba nak siapkan RPH tapi masalah lah pulak. Tidak membawa balik modul linus. Tak pe nanti saya nak ‘link’ kan blog ni ke kementerian, mesti adalah kemahiran-kemahirannya. Tapi sebelum tu saya nak mengajak rakan-rakan guru memberi pandangan pada rintihan kami ni.
Pelajar-pelajar Linus ni biasanya adalah murid yang lambat la. Mereka biasanya perlukan bimbingan dari guru dari masa ke semasa. Bukan nak mengata atau mencari alasan, biasanya pelajar ini jika nak bertemu dengan ibu bapa pun susah. Kebetulan pulak saya mengajar di sekolah kampung yang kebanyakan ibu bapa mereka adalah petani.
Semasa pelajar ini di tahun satu kami diarahkan membuat ujian dalam jangka masa yang panjang. Maksudnya murid ini di beri peluang mengulang konstrak-konstarak tersebut sehingga mereka boleh melepasinya dengan bantuan guru dengan apa cara sekali pun. Apabila ada pelajar yang tidak dapat lepas kami akan sentiasa berdepan dengan pegawai linus untuk mendapatkan matlumat dari masa ke semasa. Mereka sentiasa menunjuk ajar dan memberi peransang agar murid ini terlepas dari projek linus. Secara umumnya kami berpendapat pelajar ini belum menguasai sepenuhnya jika kita menggunakan kaedah tersebut bagi memberi mereka ujian.
Saya secara peribadi berpendapat, adakalanya terdapat murid-murid berusia 7, 8, 9 ini masih belum mempunyai pemikiran yang lengkap seusia mereka. Hasil dari perbincangan dengan guru pemulihan khas ada murid ini yang hanya akan mula berkembang otaknya ketika berada di tahun 4, malah ada yang lebih lambatb ketika berusia 11 tahun iaitu ketika berada di tahun 5.
Ini yang merunsingkan kami. Lembaga peperiksaan telah membina model baru untuk ujian bagi semua murid tahun tiga. Corak peperiksaannya sama sperti cara pengendalian UPSR. Ini lah yang menjadikan kami resah, apakah pelajar yang memang sentiasa dibantu ini dapat menjawab kertas yang di beri.
Sekarang jika ada pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi , siapakah yang kita hendak salahkan? Kita tidak mahu timbul semula cerita bangau oh bangau, di mana masing-masing ingin mencari kesalahan pihak lain bagi menutup kekurangan atau kesilapan .
Friday, 16 March 2012
Coretanku
Hampir dua dekad menjawat gelaran
guru memberi aku satu rencah kehidupan yang pelbagai. Manis, pahit maung dan
pelbagai rasa. Aik, betul ke ada perasaan maung ni? Inilah keindahan bahasa
melayu kita. Yakinlah bahawa Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar yang
berjaya jika diurus dengan berkesan.
Tapi hari ni saya tidak hendak
bercerita pasal bahasa, sebaliknya nak cuba mengajak rakan-rakan mendekati satu
program bagi membantu murid yang lemah iaitu Program Linus. Ada dikalangan
guru-guru kita tidak tahu malah tidak ambil kisah pun.Linus ni terbahagi kepada
literasi dan numerasi iaitu literasi untuk bahasa dan numerasi untuk matematik.
Bagi literasi sekurang-kurangnya
murid mesti melepasi 8 konstrak. Terdapat 12 konstrak keseluruhannya. Bukan satu perkara mustahil
ada kalangan pelajar yang tidak melepasi satu konstrak pun. Pelajar inilah
yang kita namakan pelajar linus tegar. Oh ya, saya ada sebut konstrak. Tahu
apa konstrak tu? Ala mudah kata kemahiran la. Ok bagi lebih faham saya
senaraikan konstrak-konstrak tersebut.
•
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsanan.
•
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
•
Keupayaan menulis dan membaca perkataan suku kata terbuka.
•
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
•
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
•
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup ‘ng.
•
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong.
•
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
•
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraf dan
konsanan bergabung.
•
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran.
•
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
•
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan ransangan.
Monday, 12 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)