Friday, 16 March 2012

Coretanku


Hampir dua dekad menjawat gelaran guru memberi aku satu rencah kehidupan yang pelbagai. Manis, pahit maung dan pelbagai rasa. Aik, betul ke ada perasaan maung ni? Inilah keindahan bahasa melayu kita. Yakinlah bahawa Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar yang berjaya jika diurus dengan berkesan.
Tapi hari ni saya tidak hendak bercerita pasal bahasa, sebaliknya nak cuba mengajak rakan-rakan mendekati satu program bagi membantu murid yang lemah iaitu Program Linus. Ada dikalangan guru-guru kita tidak tahu malah tidak ambil kisah pun.Linus ni terbahagi kepada literasi dan numerasi iaitu literasi untuk bahasa dan numerasi untuk matematik.
Bagi literasi sekurang-kurangnya murid mesti melepasi 8 konstrak. Terdapat 12 konstrak  keseluruhannya. Bukan satu perkara mustahil ada kalangan pelajar yang tidak melepasi satu konstrak pun. Pelajar inilah yang kita namakan pelajar linus tegar. Oh ya, saya ada sebut konstrak. Tahu apa konstrak tu? Ala mudah kata kemahiran la. Ok bagi lebih faham saya senaraikan konstrak-konstrak tersebut.
         Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsanan.
         Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
         Keupayaan menulis dan membaca perkataan suku kata terbuka.
         Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
         Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraf dan konsanan bergabung.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
         Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
         Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan ransangan.


   

No comments:

Post a Comment