Thursday, 29 March 2012

Penghargaan dan Persoalan


Sudah lama tulisan ini di taip tapi tak juga masuk kat blog ni, maklum bercuti lama kerana terpaksa menjalani pembedahan kecil kat kaki. ALHAMDULILLAH, sokongan dari sahabat-sahabat,ayah anak-anakku serta seseorang yang istimewa mengembalikan semangat . Namun penghargaan khusus yang layak diterima oleh teman yang dikasihi, Cikgu Noriah Harun yang banyak memberi semangat khas untuk menyiapkan tugasan, sangat bererti dan mudah-mudahan Allah memberi keputusan cemerlang untuk masternya.  Semoga persahabatan kami  hingga ke syurga. Amin!

Ok mengenai linus, program ini telah berlangsung selama tiga tahun melibatkan murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Semasa mereka berada di tahun satu mereka akan menjalani saringan dan mencapai had-had yang ditetap seperti yang saya tulis di dalam coretanku. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak lebih beruntung kerana mereka akan diasingkan mengikut pencapaian. Tetapi bagi sekolah yang mempunyai satu kelas bagi setiap aliran maka guru-guru akan berdepan dengan murid yang terdiri dari pelbagai kebolehan.

Guru-guru yang diamanahkan mengajar kelas ini  terpaksa menyediakan dua RPH,  satu untuk RPH mata pelajaran Bahasa Melayu dan satu RPH literasi . Di sinilah kemampuan guru sangat penting untuk mengawal kelas  kerana mereka berdepan dengan dua kumpulan yang berbeza dan mesti mencapai objektif bagi kedua kumpulan ini.

Kadang-kadang murid linus ini tidak mencapai objektif yang dikehendaki dan kami yang terlibat akan sentiasa mendampingi mereka asal ada waktu rehat. Tetapai percayalah kawan-kawan, jika kita mengajar dengan ikhlas rasa nak tergelak pun ada dengan gelagat mereka. Contoh eja ibu tetapi dibunyikan emak sebab gambar menunjukkan gambar ibu tetapi dirumah mereka memanggil emak.Pernah cikgu-cikgu jumpa kes macam ni?


No comments:

Post a Comment