Sebenarnya hari ni cuba nak siapkan RPH tapi masalah lah pulak. Tidak membawa balik modul linus. Tak pe nanti saya nak ‘link’ kan blog ni ke kementerian, mesti adalah kemahiran-kemahirannya. Tapi sebelum tu saya nak mengajak rakan-rakan guru memberi pandangan pada rintihan kami ni.
Pelajar-pelajar Linus ni biasanya adalah murid yang lambat la. Mereka biasanya perlukan bimbingan dari guru dari masa ke semasa. Bukan nak mengata atau mencari alasan, biasanya pelajar ini jika nak bertemu dengan ibu bapa pun susah. Kebetulan pulak saya mengajar di sekolah kampung yang kebanyakan ibu bapa mereka adalah petani.
Semasa pelajar ini di tahun satu kami diarahkan membuat ujian dalam jangka masa yang panjang. Maksudnya murid ini di beri peluang mengulang konstrak-konstarak tersebut sehingga mereka boleh melepasinya dengan bantuan guru dengan apa cara sekali pun. Apabila ada pelajar yang tidak dapat lepas kami akan sentiasa berdepan dengan pegawai linus untuk mendapatkan matlumat dari masa ke semasa. Mereka sentiasa menunjuk ajar dan memberi peransang agar murid ini terlepas dari projek linus. Secara umumnya kami berpendapat pelajar ini belum menguasai sepenuhnya jika kita menggunakan kaedah tersebut bagi memberi mereka ujian.
Saya secara peribadi berpendapat, adakalanya terdapat murid-murid berusia 7, 8, 9 ini masih belum mempunyai pemikiran yang lengkap seusia mereka. Hasil dari perbincangan dengan guru pemulihan khas ada murid ini yang hanya akan mula berkembang otaknya ketika berada di tahun 4, malah ada yang lebih lambatb ketika berusia 11 tahun iaitu ketika berada di tahun 5.
Ini yang merunsingkan kami. Lembaga peperiksaan telah membina model baru untuk ujian bagi semua murid tahun tiga. Corak peperiksaannya sama sperti cara pengendalian UPSR. Ini lah yang menjadikan kami resah, apakah pelajar yang memang sentiasa dibantu ini dapat menjawab kertas yang di beri.
Sekarang jika ada pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi , siapakah yang kita hendak salahkan? Kita tidak mahu timbul semula cerita bangau oh bangau, di mana masing-masing ingin mencari kesalahan pihak lain bagi menutup kekurangan atau kesilapan .
No comments:
Post a Comment