Hari ni satu peperiksaan khas akan diadakan untuk semua murid tahun tiga seperti yang saya dah beritahu dalam catatan yang lalu. Hari ni kami para guru yang dah berhempas pulas dengan linus ni akan dapat lihatlah hasilnya. Semalam, sebelum balik saya membantu penyelaras linus Cg Zurida bersama Cg Khalid guru kelas tahun tiga menyusun kelas bagi melaksanakan peperiksaan tersebut.
Biasalah cikgu kan? yang nak periksa tu anak orang lain, tapi dia punya berdebar macam anak dia pulak. Cikgu percaya tak, kalau saya kata guru-guru ni bila nak periksa dia yang susah hati, bila nak keluar keputusan pun dia jugak yang lebih-lebih berdebar........ Emmmmmm ok lah cikgu kan? Kurang-kurang kita dapat kepuasan diri bila ada yang berjaya, dan harapnya kita tidaklah rasa bersalah jika mereka gagal kerana kita telah berusaha semampu mungkin.
Balik cerita linus ni, saya telah memberi beberapa latihan kepada murid lepasan linus ni. Alhamdulillah setakat mengeja perkataan berpandu gambar ni mereka boleh buat. Cuma bila buat ayatlah lintang pukang. Apapun selepas berpindah ke sekolah baru ni walaupun saya tidak lagi menjadi guru tahu satu dan bukan lagi penyelaras linus tapi saya tetap dengan dunia linus , untuk tahun dua dan tahun tiga.
Setakat ni dulu, sebelum mengundur diri, saya mengucapkan selamat memantau murid menjalani peperiksaan dan SABAR la terima hasil peperiksaan tu nanti. Ok cikgu Fadzilah...bertenang...bertenang ( rakan baik sekolah lama, hi hi hi )
No comments:
Post a Comment