Saya seperti tersedar dari mimpi, bila hasil perbincangan membuahkan maksud boleh membaca ialah apabila seseorang murid boleh membaca dan memahami apa yang di baca. Sebenarnya bukan tidak tahu maksud boleh membaca tetapi apabila program LINUS berjalan , pelajar diletakkan sasaran pencapaian iaitu mesti melepasi konstrak 8 bagi membebaskan mereka dari belenggu LINUS. Konstrak 8 ialah membaca dan menulis PERKATAAN mengandungi vokal berganding. Apa yang saya cuba bincang di sini ialah keupayaan pelajar LINUS bagi mencapai tahap boleh membaca belum tercapai kerana mereka hanya di nilai dengan membaca perkataan. Kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar linus akan faham dengan apa yang saya ketengahkani terutama pelajar LINUS tegar, Keupayaan mereka sangat lambat dan memerlukan sokongan dan dokongan sepenuhnya dari guru. Peranan ibu bapa juga penting tetapi seperti yang saya sebut dalam perbincangan yang lepas, murid tegar ini biasanya kurang mendapat sokongan ibu bapa. Malah ada ibu bapa mereka yang buta huruf. Saya kira program ini akan lebih berkesan jika konstrak mereka ditingkatkan dan guru-guru tidak di tekan untuk melepaskan murid mereka. Apakah keterlaluan jika saya mencadangkan pelajar yang tidak boleh membaca tidak di naikkan kelas?
No comments:
Post a Comment