Friday, 20 April 2012

persoalan?

Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Markah linus tahun dua belum kemas kini lagi. Peperiksaan khas untuk tahun tiga pun belum di kemas kini markahnya. Sabtu ( 21 hb April ni sekolah ganti ), wah, rasa macam kelam kabut je.  Wifi kat rumah tidak berfungsi pun masalah juga. Bila perkara ini berlaku, saya terfikir ini adalah satu antara banyak cabaran guru dalam isu penggunaan ict kat sekolah. Apa tidaknya, saya dah berkali-kali cuba buka saps kat sekolah tapi perlahan sangat. Masa rehat habis pulak.
Menyentuh soal linus, alhamdulillah, kebimbingan saya tidak berasas bila murid-murid saya dapat menulis jawapan dengan betul. Yang menjadi masalah sekarang seorang lagi calon linus yang tinggal.Bila mengeja dan membaca perkataan memang sudah tidak menjadi masalah, tetapi belum dapat menguasai membaca ayat. Saya sedang berfikir apa ikhtiar terhadap pelajar ini. Sudahlah kerap tidak hadir, tiada tumpuan terhadap pembelajaran pun ia juga. Boleh tidak sesiapa memberi pandangan apa yang patut saya lakukan?Macam nak ajak pk hem ziarah je rumah pelajar itu, tetapi saya difahamkan mereka sentiasa kat kebun. Mana nak cari? Berada di sekolah baharu ini membataskan sedikit gerak kerja saya kerana murid-murid tinggal berjauhan dari sekolah dan saya belum dapat menguasai lokasi tempat tinggal mereka serta pemikiran ibu bapa terbabit.

2 comments:

  1. tu lah antara bebanan tugas guru yang terpaksa ditanggung...belum lagi masalah peribadi,karenah rakan sejawat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu terfikir, kenapa ya kerenah rakan sejaeat menjadi tekanan kepada kita. Alangkah baiknya jika kita dapat buat tak tau je....

      Delete