Thursday, 29 March 2012

Penghargaan dan Persoalan


Sudah lama tulisan ini di taip tapi tak juga masuk kat blog ni, maklum bercuti lama kerana terpaksa menjalani pembedahan kecil kat kaki. ALHAMDULILLAH, sokongan dari sahabat-sahabat,ayah anak-anakku serta seseorang yang istimewa mengembalikan semangat . Namun penghargaan khusus yang layak diterima oleh teman yang dikasihi, Cikgu Noriah Harun yang banyak memberi semangat khas untuk menyiapkan tugasan, sangat bererti dan mudah-mudahan Allah memberi keputusan cemerlang untuk masternya.  Semoga persahabatan kami  hingga ke syurga. Amin!

Ok mengenai linus, program ini telah berlangsung selama tiga tahun melibatkan murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Semasa mereka berada di tahun satu mereka akan menjalani saringan dan mencapai had-had yang ditetap seperti yang saya tulis di dalam coretanku. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak lebih beruntung kerana mereka akan diasingkan mengikut pencapaian. Tetapi bagi sekolah yang mempunyai satu kelas bagi setiap aliran maka guru-guru akan berdepan dengan murid yang terdiri dari pelbagai kebolehan.

Guru-guru yang diamanahkan mengajar kelas ini  terpaksa menyediakan dua RPH,  satu untuk RPH mata pelajaran Bahasa Melayu dan satu RPH literasi . Di sinilah kemampuan guru sangat penting untuk mengawal kelas  kerana mereka berdepan dengan dua kumpulan yang berbeza dan mesti mencapai objektif bagi kedua kumpulan ini.

Kadang-kadang murid linus ini tidak mencapai objektif yang dikehendaki dan kami yang terlibat akan sentiasa mendampingi mereka asal ada waktu rehat. Tetapai percayalah kawan-kawan, jika kita mengajar dengan ikhlas rasa nak tergelak pun ada dengan gelagat mereka. Contoh eja ibu tetapi dibunyikan emak sebab gambar menunjukkan gambar ibu tetapi dirumah mereka memanggil emak.Pernah cikgu-cikgu jumpa kes macam ni?


Guru serba salah

Sebenarnya hari ni cuba nak siapkan RPH tapi masalah lah pulak. Tidak membawa balik modul linus. Tak pe nanti saya nak ‘link’ kan blog ni ke kementerian, mesti adalah kemahiran-kemahirannya. Tapi sebelum tu saya nak mengajak rakan-rakan guru memberi pandangan pada rintihan kami ni.
Pelajar-pelajar Linus ni biasanya adalah murid yang lambat la. Mereka biasanya perlukan bimbingan dari guru dari masa ke semasa. Bukan nak mengata atau mencari alasan, biasanya pelajar ini jika nak bertemu dengan ibu bapa pun susah. Kebetulan pulak saya mengajar di sekolah kampung yang kebanyakan ibu bapa mereka adalah petani.
Semasa  pelajar ini di tahun satu kami diarahkan membuat ujian dalam jangka masa yang panjang. Maksudnya murid ini di beri peluang  mengulang konstrak-konstarak tersebut sehingga mereka boleh melepasinya dengan bantuan guru dengan apa cara sekali pun. Apabila ada pelajar yang tidak dapat lepas kami akan sentiasa berdepan dengan pegawai linus untuk mendapatkan matlumat dari masa ke semasa. Mereka sentiasa menunjuk ajar dan memberi peransang agar murid ini terlepas dari projek linus. Secara umumnya kami berpendapat pelajar ini belum menguasai sepenuhnya jika kita menggunakan kaedah tersebut bagi memberi mereka ujian.
Saya secara peribadi berpendapat, adakalanya terdapat murid-murid berusia 7, 8, 9 ini masih belum mempunyai pemikiran yang lengkap seusia mereka. Hasil dari perbincangan dengan guru pemulihan khas ada murid ini yang hanya akan mula berkembang otaknya ketika berada di tahun 4, malah ada yang lebih lambatb ketika berusia 11 tahun iaitu ketika berada di tahun 5.
Ini yang merunsingkan kami. Lembaga peperiksaan telah membina model baru untuk ujian bagi semua murid tahun tiga. Corak peperiksaannya sama sperti cara pengendalian UPSR. Ini lah yang menjadikan kami resah, apakah pelajar yang memang sentiasa dibantu ini dapat menjawab kertas yang di beri.
Sekarang jika ada pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi , siapakah yang kita hendak salahkan? Kita tidak mahu timbul semula cerita bangau oh bangau, di mana masing-masing ingin mencari kesalahan pihak lain bagi menutup kekurangan atau kesilapan .           

Friday, 16 March 2012

Coretanku


Hampir dua dekad menjawat gelaran guru memberi aku satu rencah kehidupan yang pelbagai. Manis, pahit maung dan pelbagai rasa. Aik, betul ke ada perasaan maung ni? Inilah keindahan bahasa melayu kita. Yakinlah bahawa Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar yang berjaya jika diurus dengan berkesan.
Tapi hari ni saya tidak hendak bercerita pasal bahasa, sebaliknya nak cuba mengajak rakan-rakan mendekati satu program bagi membantu murid yang lemah iaitu Program Linus. Ada dikalangan guru-guru kita tidak tahu malah tidak ambil kisah pun.Linus ni terbahagi kepada literasi dan numerasi iaitu literasi untuk bahasa dan numerasi untuk matematik.
Bagi literasi sekurang-kurangnya murid mesti melepasi 8 konstrak. Terdapat 12 konstrak  keseluruhannya. Bukan satu perkara mustahil ada kalangan pelajar yang tidak melepasi satu konstrak pun. Pelajar inilah yang kita namakan pelajar linus tegar. Oh ya, saya ada sebut konstrak. Tahu apa konstrak tu? Ala mudah kata kemahiran la. Ok bagi lebih faham saya senaraikan konstrak-konstrak tersebut.
         Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsanan.
         Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
         Keupayaan menulis dan membaca perkataan suku kata terbuka.
         Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
         Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraf dan konsanan bergabung.
         Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
         Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
         Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan ransangan.


   

Rancangan Tahunan LINUS

http://kulaijaya.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=191:rancangan-tahunan-linus&catid=48:unit-pengurusan-akademik&Itemid=70