Saya seperti tersedar dari mimpi, bila hasil perbincangan membuahkan maksud boleh membaca ialah apabila seseorang murid boleh membaca dan memahami apa yang di baca. Sebenarnya bukan tidak tahu maksud boleh membaca tetapi apabila program LINUS berjalan , pelajar diletakkan sasaran pencapaian iaitu mesti melepasi konstrak 8 bagi membebaskan mereka dari belenggu LINUS. Konstrak 8 ialah membaca dan menulis PERKATAAN mengandungi vokal berganding. Apa yang saya cuba bincang di sini ialah keupayaan pelajar LINUS bagi mencapai tahap boleh membaca belum tercapai kerana mereka hanya di nilai dengan membaca perkataan. Kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar linus akan faham dengan apa yang saya ketengahkani terutama pelajar LINUS tegar, Keupayaan mereka sangat lambat dan memerlukan sokongan dan dokongan sepenuhnya dari guru. Peranan ibu bapa juga penting tetapi seperti yang saya sebut dalam perbincangan yang lepas, murid tegar ini biasanya kurang mendapat sokongan ibu bapa. Malah ada ibu bapa mereka yang buta huruf. Saya kira program ini akan lebih berkesan jika konstrak mereka ditingkatkan dan guru-guru tidak di tekan untuk melepaskan murid mereka. Apakah keterlaluan jika saya mencadangkan pelajar yang tidak boleh membaca tidak di naikkan kelas?
Friday, 27 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Kursus didik hibur
Sudah tiga hari tidak ke sekolah menimbulkan kerinduan di hati saya. Saya berkursus kreativiti dan didik hibur di Ipg Kampus Datuk Razali Kuala Terengganu bermula 24 hb sehingga 26 hb. Seronok, kami kembali berperanan sebagai murid sekolah yang tidak ada masalah sebaliknya adalah budak-budak yang patuh pada arahan guru. Peserta seramai 25 orang ini berjaya menamatkan kursus dalam suasana ceria. Lepas, bebas dari kerenah pelajar dan rakan sejawat.Pendedahan yang diberi oleh pensyarah kanan Puan Norzaini, pensyarah bahasa Tuan Haji Nik bersama rakan-rakan fasilitator sangat menghiburkan.Kata mereka jadikan kita guru yang dirindu oleh murid. Emmm... agak-agak murid rindu tak selama ketiadaan saya? Sebab kadang-kadang saya rasa seperti tersasar je dengan MBM ( memperkasa bahasa melayu) maklum , nak mengejar pencapaian linus agar murid menguasai 15 konstrak yang dikehendaki.
Tersentak saya apabila Puan Norzaini mengingatkan kepada kami tentang penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya, jangan terikat dengan dialek.Sebutan biar jelas.Saya cuba bertukar fikiran dengan para fasilitator dan peserta lain dengan alasan terpaksa memberi tumpuan kepada boleh membaca menyebabkan kurang menitik berat soal lain.
Puan Norzaini mengemukan kembali persoalan kepada kami apa maksud boleh membaca? Boleh tak sesiapa menjawab persoalan ini?

Friday, 20 April 2012
persoalan?
Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Markah linus tahun dua belum kemas kini lagi. Peperiksaan khas untuk tahun tiga pun belum di kemas kini markahnya. Sabtu ( 21 hb April ni sekolah ganti ), wah, rasa macam kelam kabut je. Wifi kat rumah tidak berfungsi pun masalah juga. Bila perkara ini berlaku, saya terfikir ini adalah satu antara banyak cabaran guru dalam isu penggunaan ict kat sekolah. Apa tidaknya, saya dah berkali-kali cuba buka saps kat sekolah tapi perlahan sangat. Masa rehat habis pulak.
Menyentuh soal linus, alhamdulillah, kebimbingan saya tidak berasas bila murid-murid saya dapat menulis jawapan dengan betul. Yang menjadi masalah sekarang seorang lagi calon linus yang tinggal.Bila mengeja dan membaca perkataan memang sudah tidak menjadi masalah, tetapi belum dapat menguasai membaca ayat. Saya sedang berfikir apa ikhtiar terhadap pelajar ini. Sudahlah kerap tidak hadir, tiada tumpuan terhadap pembelajaran pun ia juga. Boleh tidak sesiapa memberi pandangan apa yang patut saya lakukan?Macam nak ajak pk hem ziarah je rumah pelajar itu, tetapi saya difahamkan mereka sentiasa kat kebun. Mana nak cari? Berada di sekolah baharu ini membataskan sedikit gerak kerja saya kerana murid-murid tinggal berjauhan dari sekolah dan saya belum dapat menguasai lokasi tempat tinggal mereka serta pemikiran ibu bapa terbabit.

Saturday, 14 April 2012
MODUL AKTIVITI KEM BESTARI LINUS (MURID ORANG ASLI)
Modul Aktiviti Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) Kohort 1 & 2 Tahun 2011 disusun khusus untuk membantu guru melaksanakan program LINUS di sekolah-sekolah. Modul ini adalah himpunan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semasa Program Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) pada 17 dan 18 oktober 2011 di Dewan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu.
Modul ini memuatkan cadangan aktiviti dan latihan yang boleh dilaksanakan. Cadangan aktiviti dalam modul ini adalah sebagai contoh sahaja. Kreativiti dan inovasi guru dalam menggunakan modul ini amat diharapkan untuk menyesuaikan kandungan modul ini dengan kebolehan murid mereka yang pelbagai aras.
Friday, 6 April 2012
selesai sudah :D
Alhamdulillah, peperiksaan khas tahun tiga sudah selesai. Hilang tension guru-guru tahun tiga. Dah selesai ke keputusannya?
Tuesday, 3 April 2012
Debaran hati
Hari ni satu peperiksaan khas akan diadakan untuk semua murid tahun tiga seperti yang saya dah beritahu dalam catatan yang lalu. Hari ni kami para guru yang dah berhempas pulas dengan linus ni akan dapat lihatlah hasilnya. Semalam, sebelum balik saya membantu penyelaras linus Cg Zurida bersama Cg Khalid guru kelas tahun tiga menyusun kelas bagi melaksanakan peperiksaan tersebut.
Biasalah cikgu kan? yang nak periksa tu anak orang lain, tapi dia punya berdebar macam anak dia pulak. Cikgu percaya tak, kalau saya kata guru-guru ni bila nak periksa dia yang susah hati, bila nak keluar keputusan pun dia jugak yang lebih-lebih berdebar........ Emmmmmm ok lah cikgu kan? Kurang-kurang kita dapat kepuasan diri bila ada yang berjaya, dan harapnya kita tidaklah rasa bersalah jika mereka gagal kerana kita telah berusaha semampu mungkin.
Balik cerita linus ni, saya telah memberi beberapa latihan kepada murid lepasan linus ni. Alhamdulillah setakat mengeja perkataan berpandu gambar ni mereka boleh buat. Cuma bila buat ayatlah lintang pukang. Apapun selepas berpindah ke sekolah baru ni walaupun saya tidak lagi menjadi guru tahu satu dan bukan lagi penyelaras linus tapi saya tetap dengan dunia linus , untuk tahun dua dan tahun tiga.
Setakat ni dulu, sebelum mengundur diri, saya mengucapkan selamat memantau murid menjalani peperiksaan dan SABAR la terima hasil peperiksaan tu nanti. Ok cikgu Fadzilah...bertenang...bertenang ( rakan baik sekolah lama, hi hi hi )

Sunday, 1 April 2012
RPH LINUS LITERASI
Tarikh : 27.03.2012
Masa : 10.15-10.45
Masa : 10.15-10.45
Kelas : 2 Bestari
Bilangan pelajar : 6 orang
Mata Pelajaran :
Literasi ( Bahasa Malaysia )
Objektif : Di akhir pelajaran
murid dapat :
1.
Membaca suku kata tertutup dan perkataan
yang mengandungi suku kata tertutup.
2.
Menulis suku kata tertutup dan perkatan yang mengandungi suku kata
tertutup.
Bahan : Kad perkataan, carta suku kata, Lembaran
kerja.
Kemahiran 4.18 Membaca perkataan yang mengandungi kvkvkk.
5.19 Membina dan menulis perkataan yang
mengandungi kvkvkk.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)