Friday, 27 April 2012

Boleh membaca.

Saya seperti tersedar dari mimpi, bila hasil perbincangan membuahkan maksud boleh membaca ialah apabila seseorang murid boleh membaca dan memahami apa yang di baca. Sebenarnya bukan tidak tahu maksud boleh membaca tetapi apabila program LINUS berjalan , pelajar diletakkan sasaran pencapaian iaitu mesti melepasi konstrak 8 bagi membebaskan mereka dari belenggu LINUS. Konstrak 8 ialah membaca dan menulis PERKATAAN mengandungi vokal berganding. Apa yang saya cuba bincang di sini ialah keupayaan pelajar LINUS  bagi mencapai  tahap boleh membaca belum tercapai kerana mereka hanya di nilai dengan membaca perkataan. Kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar linus akan faham dengan apa yang saya ketengahkani terutama pelajar LINUS tegar, Keupayaan mereka sangat lambat dan memerlukan sokongan dan dokongan sepenuhnya dari guru. Peranan ibu bapa juga penting tetapi seperti yang saya sebut dalam perbincangan yang lepas, murid  tegar ini biasanya kurang mendapat sokongan ibu bapa. Malah ada ibu bapa mereka yang buta huruf. Saya kira program ini akan lebih berkesan jika konstrak mereka ditingkatkan dan guru-guru tidak di tekan untuk melepaskan murid mereka. Apakah keterlaluan jika saya mencadangkan pelajar yang tidak boleh membaca  tidak di naikkan kelas?

Thursday, 26 April 2012

Kursus didik hibur

Sudah tiga hari tidak ke sekolah menimbulkan kerinduan di hati saya. Saya berkursus kreativiti dan didik hibur di Ipg Kampus Datuk Razali Kuala Terengganu bermula 24 hb sehingga 26 hb. Seronok, kami kembali berperanan sebagai murid sekolah yang tidak ada masalah sebaliknya adalah budak-budak yang patuh pada arahan guru. Peserta seramai 25 orang ini berjaya menamatkan kursus dalam suasana ceria. Lepas, bebas dari kerenah pelajar dan rakan sejawat.Pendedahan yang diberi oleh pensyarah kanan Puan Norzaini, pensyarah bahasa Tuan Haji Nik  bersama rakan-rakan fasilitator sangat menghiburkan.Kata mereka jadikan kita guru yang dirindu oleh murid. Emmm... agak-agak murid rindu tak selama ketiadaan saya? Sebab kadang-kadang saya rasa seperti tersasar je dengan MBM ( memperkasa bahasa melayu) maklum , nak mengejar pencapaian linus agar murid menguasai 15 konstrak yang dikehendaki.
Tersentak saya apabila Puan Norzaini mengingatkan kepada kami tentang penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya, jangan terikat dengan dialek.Sebutan biar jelas.Saya cuba bertukar fikiran dengan para fasilitator dan peserta lain dengan alasan terpaksa memberi tumpuan kepada boleh membaca menyebabkan kurang menitik berat soal lain.
Puan Norzaini mengemukan kembali persoalan kepada kami apa maksud boleh membaca? Boleh tak sesiapa menjawab persoalan ini?

Friday, 20 April 2012

persoalan?

Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Markah linus tahun dua belum kemas kini lagi. Peperiksaan khas untuk tahun tiga pun belum di kemas kini markahnya. Sabtu ( 21 hb April ni sekolah ganti ), wah, rasa macam kelam kabut je.  Wifi kat rumah tidak berfungsi pun masalah juga. Bila perkara ini berlaku, saya terfikir ini adalah satu antara banyak cabaran guru dalam isu penggunaan ict kat sekolah. Apa tidaknya, saya dah berkali-kali cuba buka saps kat sekolah tapi perlahan sangat. Masa rehat habis pulak.
Menyentuh soal linus, alhamdulillah, kebimbingan saya tidak berasas bila murid-murid saya dapat menulis jawapan dengan betul. Yang menjadi masalah sekarang seorang lagi calon linus yang tinggal.Bila mengeja dan membaca perkataan memang sudah tidak menjadi masalah, tetapi belum dapat menguasai membaca ayat. Saya sedang berfikir apa ikhtiar terhadap pelajar ini. Sudahlah kerap tidak hadir, tiada tumpuan terhadap pembelajaran pun ia juga. Boleh tidak sesiapa memberi pandangan apa yang patut saya lakukan?Macam nak ajak pk hem ziarah je rumah pelajar itu, tetapi saya difahamkan mereka sentiasa kat kebun. Mana nak cari? Berada di sekolah baharu ini membataskan sedikit gerak kerja saya kerana murid-murid tinggal berjauhan dari sekolah dan saya belum dapat menguasai lokasi tempat tinggal mereka serta pemikiran ibu bapa terbabit.

Saturday, 14 April 2012

MODUL AKTIVITI KEM BESTARI LINUS (MURID ORANG ASLI)

 



Modul Aktiviti Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) Kohort 1 & 2 Tahun 2011 disusun khusus untuk membantu guru melaksanakan program LINUS di sekolah-sekolah. Modul ini adalah himpunan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semasa Program Kem Bestari LINUS (Murid Orang Asli) pada 17 dan 18 oktober 2011 di Dewan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu.

Modul ini memuatkan cadangan aktiviti dan latihan yang boleh dilaksanakan. Cadangan aktiviti dalam modul ini adalah sebagai contoh sahaja. Kreativiti dan inovasi guru dalam menggunakan modul ini amat diharapkan untuk menyesuaikan kandungan modul ini dengan kebolehan murid mereka yang pelbagai aras.

Saturday, 7 April 2012

Friday, 6 April 2012

selesai sudah :D

Alhamdulillah, peperiksaan khas tahun tiga sudah selesai. Hilang tension guru-guru tahun tiga. Dah selesai ke keputusannya?